The Story
Friday, July 19, 2013
Seminggu Couple
Pelik dah sekarang budak-budak bercinta. Baru couple seminggu dah nak buat perjanjian apa semua. Haih yang hebohnya siap buat video pulak tuh. Kalau dihantar saja kepada 'boyfriend' dia tuh takpelah. Ini di upload dekat facebook. Ahh memang kena bash lah dengan orang ramai. Haih baru bercinta zaman persekolahan dan berjanji bagai nak mati. Itu kalau putus tak tahu lah apa yg dia buat. Mesti buat video lagi. Hahaha... tapi kat sini just nak cerita tentang parody kat youtube. Tersangat lah lawak . Haha siapa yang buat parody tu memang perli habis lah. Kepada adik puteri, sedar lah bercinta ni bukan barang mainan. Apa-apa pun kau memang comel dik. hahaha bye !
Shisha Haram !
Shisha ? Ia sudah diputuskan haram oleh pihak Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam bagi umat islam pada hari ini. Bagi sesiapa yang penghisap shisha tegar tu boleh lah berhenti sebelum ditangkap pihak berkuasa. Dan bagi sesiapa yang menjual shisha tu harap-harap menutup kedai anda supaya tiada lagi shisha di Malaysia ni. Memang seharusnya ia diharamkan kerana ia memudaratkan kesihatan kita.
Why ?
Di dalam bulan Ramadhan yg indah ini ada saja masalah tentang isu meghina agama islam. Diorang ni tak boleh ke hormat agama islam ? Kan agama islam tu agama rasmi di Malaysia. Ni ada kes terbaru mengenai Alvin dan vivian. Boleh pulak ambil gambar dengan sup **** dan edit selamat berbuka puasa. Why dia buat mcm tu? Susah ke nak agama lain di Malaysia ni terutama Agama Islam ?
Pasangan kontroversi yang mempersendakan umat Islam di bulan Ramadan dengan memuat naik gambar memakan bak kut teh (sup tulang babi), Tan Jye Yee (Alvin), 25, dan Vivian Lee, 24, hadir memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini semalam.
Wednesday, July 17, 2013
Salam Ramadhan :)
Assalammualaikum warga blogger :)
Sedar-sedar kita dah puasa ke-8 dah kan. Masa berlalu dengan pantas sekali. Tak lama lagi dah raya. Wahhh ... tak sabar seh. Hahaha..korang dah siap persiapan utk raya ? Eh awal lagi ke ? Takpe, persiapan yg sedikit. Lama-lama jadi bukit lah kan. Beli langsir, beli perabot, beli baju baru. Banyak lagi lah kan. Untung kalau raya semuanya serba baru . Tapi ada jugak diantara kita yang hanya pakai baju lama, barang-barang lama. Mereka bukan miskin, tetapi mereka kurang mampu utuk beli semua tu. Bagi mereka, dapat menyambut hari raya bersama keluarga sudah cukup kebahagiaannya disitu.
Jangan asyik cerita raya je. Bulan ramadhan ni byk kelebihannya. Banyak ganjarannya. Bagi sesiapa yg mengejarnya dengan ibadat fardhu, ibadat sunat pasti banyak ganjaran pahala yg mereka dapat. Ramadhan hanya datang sekali setahun. Dan kita pasti berharap ingin bertemu dengan bulan ramadhan ni lagi pada tahun hadapan. Pasti merindui bulan yg penuh dengan ganjaran dan keberkatan ni. Bulan yg senang doa utk dimakbulkan. Bulan yg dijauhi dengan syaitan-syaitan.
Apa-apa pun kita bersyukur sebab dapat sampai pada ramadhan pada tahun ini. Ada juga saudara-saudara kita yang terkorban yg tidak sempat untuk bulan ramadhan pada tahun ini. Semoga mereka ditempatkan ditempat orang yang beriman. Kita yang hidup ni, teruskan hidup , perjuang kan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Terima kasih :)
Assalammualaikum !

Tuesday, July 16, 2013
Hidup :)
Kalau cakap tentang hidup. Semua org nak hidup senang , mewah, hidup yg tiada masalah dengan semua masalah yg ada di dunia ni. Hidup yg penuh dengan kebahagiaan , dijauhi tangisan , dijauhi kemarahan , kebencian. Siapa taknak kan, kalau ditanya kan kat saya , saya pun nak. Tetapi kita semua tak boleh lari dari masalah.
Masalah akan datang kepada kita sama ada kita cari sendiri atau ia datang disebabkan dendam org lain terhadap kita. Memang dunia sekarang banyak yg berdendam, dengki dgn kita. Masalah-masalah...kenapalah kau merumitkan keadaan. Masalah selalu dtg pada waktu yg salah. Waktu kita tgh susah , waktu kita sdg tidur dibuai mimpi yg lena. Kenapa masalah begitu senang hadir? Hmmmmm....
Kita tengok kehidupan org lain senang, penuh dengan gelak ketawa. Penuh dengan kebahagiaan seisi keluarga. Tidak mengapa, itu takdir mereka. Allah telah beri mereka nikmat hidup di muka bumi-Nya ini. Kepada kita yg tidak mendapat semua tu , Allah pasti merahsiakan sesuatu kepada kita. Rahsia yg akan membuat kita semua menangis disebabkan nikmat yg akan diberikan kepada kita. Mana tahu nikmat syurga ? :') Kita tidak tahu rahsia Allah s.w.t . Kita hanya mampu berdoa kepada yang maha esa. Bersyukur kepada nikmat yg telah dia beri kan kepada kita. Nikmat oksigen yg kita hirup ini untuk kita hidup lagi satu hari, untuk kita tunaikan tanggungjawab kita masing-masing.
Percaya lah wahai diri, disebalik kesulitan yg kita dapat, disebalik kesusahan yg kita lalui dengan tabah dan sabar. Allah itu ada . Percayalah disebalik kesempitan yg kita dapat ini adalah nikmat Allah yg harus kita syukuri. Dan, percayalah dengan dugaan ini, PASTI ada nikmat yang akan buat kita gembira. Cuma kita tidak tahu bila. Berdoa lah kepada yg maha esa. Jangan lah kita lupa kepada-Nya. Ucaplah Alhamdulillah sesudah kita mendapat nikmtanya. Sujud lah kepada-Nya , mohon dipermudahkan segala urusan.
Assalammualaikum :)
Don't Forget Allah :)

I'm new in blogger :)
Assalammualaikum warga blogger :)
Meh saya kenalkan diri saya. Nama diberi Muhammad Fahmi bin Mustafar Kamal. Menetap di Melaka. Umur dah 18 dah. Tua dah ni :) Saya baru lagi dalam blog. Kalau salah tolong tunjuk ajar kepada saya tau :)
Subscribe to:
Comments (Atom)